`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 30, 2022

JPJ tempatkan ‘mata-mata’ dalam bas ekspres

 

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Lokman Jamaan menasihatkan pemandu bas ekspres supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengelakkan daripada diperiksa seterusnya ditahan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan pegawai dan anggota risikannya dalam bas ekspres sepanjang tempoh musim perayaan Aidilfitri ini untuk memastikan pemandu membawa kenderaan dan penumpang dengan selamat.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Lokman Jamaan berkata, pihaknya akan menempatkan pegawai dan anggota secara rawak di setiap pengangkutan awam darat.

Beliau berkata, ini adalah untuk memastikan pemandu bas memandu mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan dan tidak memandu secara melulu.

“Pemandu bas ekspres ini hanya akan mengetahui pegawai dan anggota risikan JPJ (berada di dalam bas) apabila mereka (pemandu) sampai ke destinasi.

“Pegawai dan anggota JPJ yang ditugaskan akan memperkenalkan diri kepada pemandu seterusnya mengeluarkan saman kepada pemandu yang melanggar peraturan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan di sini malam tadi.

Lokman menasihatkan pemandu bas ekspres supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengelakkan daripada diperiksa seterusnya ditahan.

Mengulas mengenai pemeriksaan bas ekspres, Lokman berkata, ia adalah untuk memberi fokus kepada aspek teknikal kenderaan seperti penggunaan tayar mengikut standard piawaian ditetapkan serta pemeriksaan sistem brek, lampu dan pemantul cahaya yang perlu berfungsi dengan baik.

“Dalam tempoh pemeriksaan berkenaan, sebanyak 217 bas diperiksa dan 11 daripadanya diambil tindakan notis larangan penggunaan bas.

“Aktiviti penguatkuasaan ke atas bas ekspres ini bertujuan memastikan bas ekspres berada dalam keadaan selamat beroperasi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.