`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 30, 2022

IPT tidak dibenar naik yuran, kata KPT

 

IPT tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian kerana berikutan penetapan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020.

PETALING JAYA: Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran masing-masing berikutan penetapan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, pihaknya menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran susulan penularan pandemik Covid-19 ketika itu.

Ia atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar ketika negara baru sahaja memasuki fasa peralihan ke endemik.

KPT turut memaklumkan kerajaan masih mampu menanggung sepenuhnya kos operasi bagi universiti awam (UA) ketika.

“Sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk membolehkan UA melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada warganegara,” menurut laporan Bernama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.