`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 15, 2022

Bapa sakit tenat, Sajat mohon doakan

 

Nur Sajat mengesahkan keadaan bapanya tidak sihat sejak minggu lalu. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Bapa kepada usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, dilaporkan sedang tenat.

Adik Nur Sajat, Mustika memaklumkan perkara itu dalam Instagram.

“Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” tulisnya.

Sementara itu, Nur Sajat melalui Instagram mengesahkan keadaan bapanya yang tidak sihat sejak minggu lalu.

“Minggu lepas lagi ayah tak sihat. Sajat kat sini ‘video call’ dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga.

“Apa-apa pun, kak long dan mak selalu ‘update’ pasal hal ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semuanya okay.”

Difahamkan, Nur Sajat kini berada di Australia, susulan keputusannya menetap di sana selepas menjadi buruan pihak berkuasa.

Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok pada 8 Sept 2021 oleh pihak imigresen Thailand, selepas polis memaklumkan maklumat mengenai lokasi usahawan terbabit yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.