`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 17, 2022

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU 2017 PENDAKWARAYA LWN SAM KE TING ALASAN PENGHAKIMAN



 "kumpulan basikal lajak ini akan mengejek seolah-olah mempersendakan pihak polis"


DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
KES TANGKAP TRAFIK NO: 83J-22-03/2017
PENDAKWARAYA LWN SAM KE TING
ALASAN PENGHAKIMAN


[1] Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini telah dipertuduhkan di mahkamah

[38] Selain itu, OKT dalam kes ini telah memandu motorkarnya menggunakan laluan yang mendaki bukit serta melepasi laluan sedikit berselekoh menghala ke Skudai dari Pusat Bandar.  Siasatan SP46 juga mengesahkan bahawa sebelum kemalangan berlaku; tiada cubaan menukar lorong dilakukan oleh motorkar tersebut, motorkar tersebut tidak memotong kenderaan lain, motorkar tersebut tidak memasuki jalan bertentangan dan motorkar tersebut tidak dipandu melawan arus aliran trafik sebelum atau semasa kemalangan berlaku. Tiada keterangan yang menunjukkan motorkar tersebut sedang berlumba di jalan tersebut dan motorkar OKT terbabas melanggar apa-apa perabot jalan. Tambahan itu tiada lansung fakta yang membuktikan motorkar OKT terbabas atau hilang kawalan sebelum kemalangan berlaku


[45] Maka persoalan yang muncul kini, Apakah aktiviti yang dilakukan oleh 8 orang
simati sewaktu berada di atas jalan utama bertar tersebut? Jelas persoalan ini dapat
dirungkaikan melalui keterangan-keterangan saksi pendakwaan seperti berikut:


1. SP1 mengatakan simati Firdauz bersedia untuk berlumba lajak.
2. SP1 mengatakan Aiman bersedia untuk berlumba lajak.
3. SP2 mengesahkan simati Fauzan pergi berkumpul di ‘M2’ (P2).
4. SP10 mengesahkan simati Firdauz bersedia untuk bermain lumba lajak.
5. SP13 mengesahkan simati Azhar bermain lumba lajak.
6. SP13 mengesahkan simati Haizad bermain lumba lajak.


[46] Seterusnya adalah mengejutkan mahkamah ini apabila melalui keterangan-keterangan majoriti saksi mata yang juga merupakan saksi yang terlibat secara lansung dalam kemalangan ini mahupun keterangan pegawai penyiasat SP44 dan SP46 mendapati bahawa terdapat sekumpulan geng basikal lajak dalam skala yang besar (anggaran 30 orang lebih) yang sedang berkumpul dan berlumba di jalan raya lokasi kemalangan tersebut sebelum dan semasa kemalangan berlaku. Maka, fakta kewujudan geng basikal lajak pada hari kejadian di jalan tersebut dapat dibuktikan melalui keterangan-keterangan berikut:


1. SP1 pergi ke Jalan Lingkaran Dalam untuk menyaksikan perlumbaan basikal lajak.
2. SP2 mengesahkan hanya pemain basikal lajak yang mahir akan menunggang di Jalan Lingkaran Dalam.
3. SP3 mengesahkan Iman, Azim hendak bermain lajak.
4. SP7 telah duduk sambil menonton orang main basikal lajak.
5. SP12 telah duduk sambil menonton orang main basikal lajak.
6. SP8 nampak ada geng basikal yang mengawal lalulintas di laluan A3.
7. SP9 mengakui mengambil bahagian dalam bermain lajak pada hari kejadian.
8. SP10 mengakui bermain lumba lajak pada hari kejadian.
9. SP11 mengakui bermain lajak di lorong A1-A2.
10. SP13 telah duduk sambil menunggu kawan-kawan main lajak di lorong A-A1
11. SP46 mengesahkan bahawa kumpulan basikal lajak berada di ketiga-tiga lorong jalan tersebut.
Terdapat kumpulan basikal lajak yang berlumba di lorong tengah

[47] Berdasarkan pemerhatian mahkamah terhadap keterangan-keterangan seperti di atas,  mahkamah mendapati bahawa 8 simati yang menjadi korban dalam nahas kemalangan ini  hanyalah sebilangan kecil daripada halangan besar yang wujud di jalan tersebut sebelum dan semasa kemalangan berlaku. Maka persoalan-persoalan lain yang timbul daripada dapatan fakta ini adalah Apakah itu aktiviti basikal lajak? Adakah keberadaan kumpulan geng basikal lajak ini di jalan raya tersebut (tempat kemalangan berlaku) mewujudkan situasi merbahaya kepada pengguna jalan raya yang sah yang melalui jalan tersebut? Dalam menjawab persoalan-persoalan ini, adalah penting mahkamah ini melihat kembali keterangan-keterangan saksi-saksi tersebut. Keterangan SP44 dan SP46 berkenaan hasil siasatan mereka mengenai kumpulan basikal tersebut secara verbatim adalah seperti berikut:

Boleh jelaskan kepada Mahkamah?


J : Sebelum kejadian kemalangan ni memang terdapat complaint daripada orang awam
mengatakan terdapatnya aktiviti basikal di situ dan kita dapat maklumat orang awam lain juga cuba untuk mencegah dari berlaku tapi kejadian ‘basikal lajak’ di situ masih terus
 sebab kita tak boleh static ada dekat sana. Dan ada juga ambil tindakan bawa balik ke balai untuk tindakan, penyerahan yang remaja kita bawa balik ni untuk diserah kepada keluarga dia. Dan kegiatan basikal tu dia dah jadi macam semakin popular.


S : Ada tak ASP siasat, bagaimana keadaan ataupun ciri – ciri ‘basikal lajak’?
J : ‘Basikal lajak’ yang saya faham dia tidak ada brek, tidak ada lampu dan dia rendah dan dia buat patern macam gitu adalah bertujuan untuk nama ‘lajak’nya tu untuk aksi ‘superman’ tu. Dan lain ubahsuai ikut masing – masing tapi patern dia memang rendah macam tu.

[49] Malah menurut keterangan SP44, operasi pencegahan lumba basikal lajak ini telah
dijalankan 2 hari sebelum hari kejadian berlaku iaitu pada 16/2/2017 di mana dalam operasi ini sebanyak 20 tangkapan daripada kumpulan seramai hampir 60 penunggang basikal lajak telah dibuat di kawasan Jalan Lingkaran Dalam tersebut. Namun gejala lumba lajak ini mengalami kesukaran untuk dibenteras menurut keterangan SP41 yang mana beliau menjelaskan kepada mahkamah bahawa ketika operasi dijalankan kumpulan basikal lajak ini akan melarikan diri sambil mengangkat basikal mereka ke laluan bersebelahan dan apabila beacon light kereta polis dinyalakan kumpulan basikal lajak ini akan mengejek seolah-olah mempersendakan pihak polis.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.