`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 13, 2022

Jalan Raya Thailand Cantik Tak Ada Tol. Kenapa Kita Pula Rela Di Tipu Dan Di Perbodohkan Tanpa Putus?

 Minggu sudah saya telah menerima video berikut dan juga satu lagi komentar yang singkat oleh entah siapa (di bawah video). Kedua video dan komentar itu berkenaan jalan raya di negeri Thai.

 


 

Yang berikut adalah komen berkenaan jalan raya di Thailand (di tulis oleh entah siapa):

I have driven all over Thailand. For over three years between 2008 - 2011. And I have always told my Malaysian friends that:

1. Their roads are far far BETTER and safer.

2. No toll except for entry into Bangkok City but its very minimum Baht 45.

3. Road side assistance is faster than the time you take to alight from your car and try to make a phone call.

4. The police make their ronda 24/7 and their stop over office is their patrol car. All along the roads from south to north, west to east of Thailand.

5. On a long haul from Sadao to Bangkok motels are plenty along the AH2 route and it is cheap (less than RM50) that comes with clean comfort and even a covered car porch and pipe to wash your vehicle b4 you leave.

5. Visibility is fantastic and you do not suffer from eye fatigue as the roads are seperated by rows and rows of trees that even bloom abundantly during its spring /summer season. The trees cut off the glare of on coming vehicles.

6. Oh yes their petrol stations are spacious, sprawling, clean and many come with bathing and resting facilities.

7. Last but not least you will find these petrol stations very very safe and many park their vehicles there and even snooze with all windows drawn down. No robberies brother. None. I have snoozed like this all the time.

*BUT* *MY* *FRIENDS WHO NEVER DROVE* *THROUGH THE LENGTH AND BREATH OF* *THAILAND WOULD FIND IT HARD TO* *BELIEVE ME. SOME WOULD SAY "IF SO GOOD THERE PI DUDUK SANA LAH BANGANG* ".

My Comments :

Pendek kata di rantau ini, bukan negara kita saja yang telah membina sistem jalanraya  moden. Negara lain pun boleh buat sistem jalanraya yang besar dan selamat. Thailand menjadi satu contohnya.

Tetapi yang jauh berbeza ialah penduduk Thailand tidak perlu bayar tol kepada syarikat kroni yang memegang konsesi kutipan tol  25 tahun, 35 tahun, 45 tahun dsbnya. 

Malang sekali dan sedihnya di negara kita tidak kira siapa sahaja membentuk Kerajaan (BN, PH, PN atau sesiapa pun) tol masih berjalan. Rakyat marhaen masih dikenakan tol juga - tanpa putus.

Berita yang latest pula beberapa batang jalanraya tol akan di 'left pocket right pocket - kan.

Maksudnya shareholder empat batang jalanraya tol itu akan "bertukar" tetapi percayalah mereka adalah daripada geng-geng orang kaya elit yang sama juga. Depa sama depa saja. Dari left-pocket masuk ke dalam right pocket. Itu saja.

Pintu tol serupa saja, kawasan rehat dengan makanan boring serupa saja, saiz dan luas lorong jalanraya itu serupa juga. Tiada perubahan. Nothing changes.

Tetapi bagi kita rakyat marhaen bayaran tol akan di lanjutkan lagi. Mungkin sampai kiamat. Itu saja perbezaannya. 

Tuan-Tuan ini adalah penindasan. Kezaliman. Kenapa keadaan ini boleh kekal begini lama? Sebab Tuan-Tuan orang Melayu tidak bantah. 

Saya ingin nasihatkan Tuan-Tuan bangkitkan isu jalanraya tol ini kepada anak-bini, ahli keluarga, sahabat, jiran dan rakan. Kezaliman ini perlu dihapuskan daripada negara kita. 

Tuan-Tuan juga perlu mendesak NGO-NGO Melayu dan persatuan pengguna Melayu (termasuk berjenama "Islam" yang sebenarnya adalah tali barut kaum kroni juga)   untuk hidupkan isu ini pada tahap perbincangan umum.  Jika isu ini jadi hangat maka dengan sendirinya ia akan menjadi  'pressure point' atau tekanan atas Kerajaan untuk mengambil tindakan. Jalanraya tol perlu dihapuskan. 

Jangan percaya sebarang kenyataan mereka berkenaan berpuluh billion pampasan yang perlu dibayar dsbnya. Itu semua temberang. Kebanyakan jalanraya tol masih dipegang oleh syarikat GLC kepunyaan Kerajaan. Maksudnya kepunyaan kita. Kalau perlu bayar pampasan pun akan sampai ke tangan kita juga.

Mereka kekalkan jalanraya tol untuk A G I H K A N kontrak maintenance, supply contract (kontrak pembekalan barang), kontrak potong rumput, landscaping yang semuanya sangat lumayan. Tambah lagi mereka lantik kroni-kroni mereka sebagai Chairman, ahli lembaga pengarah syarikat terlibat dengan gaji lumayan. Semuanya dibayar oleh kita.

Tuan-Tuan boleh di tipu selama berpuluh tahun sebab kita rela di tipu. Malang sekali masyarakat Melayu jarang membantah apa pun. Orang politik pun sudah faham hakikat ini. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.