`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 16, 2022

Kanak-kanak autisme dipercayai hilang di hutan

 

Mangsa Jayden Gabriel Peter dilaporkan hilang di hutan Kampung Malawa, Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu, Sabah petang semalam. (Gambar bomba)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia lima tahun dipercayai hilang di hutan Kampung Malawa, Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Mangsa Jayden Gabriel Peter dilaporkan hilang di hutan berkenaan kira-kira 3 petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.03 petang.

Katanya, sejurus menerima laporan itu seramai tujuh anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dikerah ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut jurucakap itu, mangsa merupakan seorang kanak-kanak autisme dan menurut saksi kali terakhir mangsa dalam keadaan tidak berbaju dan seluar.

“Operasi pencarian sedang dijalankan bersama pasukan polis dan orang kampung di kawasan belakang rumah mangsa dan sepanjang sungai berhampiran.

“Setakat ini, kanak-kanak terbabit belum ditemui dan pos kawalan diwujudkan di lokasi kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, maklumat berkenaan operasi SAR akan dikemaskini dari semasa ke semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.