`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 6, 2022

Ketua Pengarah Kata Penjawat Awam Dapat Gaji 12 Bulan, Kerja LIMA Bulan Saja !!

 

Datuk Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah 

Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

 

Here is my teh tarik economic analysis again.

Sila lihat satu gelas teh tarik berikut:


Gross Domestic Product (GDP) atau "keluaran kasar" ekonomi negara  ialah sekitar RM1,400 Bilion.  Hasil cukai Kerajaan adalah sekitar RM160 Bilion. Kerajaan juga dapat hasil lain (bayaran dividen minyak, royalti minyak dsbnya).

Belanjawan Kerajaan (2022) adalah sekitar RM332 Bilion. Jelas bahawa hasil cukai RM160 Billion sahaja tidak cukup untuk membiayai Budget atau Belanjawan Kerajaan. Untuk menutup sebahagian daripada baki Budget yang tak cukup itu Kerajaan terpaksa pinjam (berhutang) maka itulah sebabnya hutang Kerajaan makin bertambah.

Daripada jumlah Budget sebanyak RM332 billion itu (2022) perbelanjaan operating expenditure saja adalah RM233 Billion ataupun 70%. Ini termasuk bayar gaji Penjawat Awam yang ikut Datuk Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah kerja hanya LIMA BULAN sahaja dalam setahun. Maksudnya gaji mereka selama TUJUH BULAN lagi adalah gaji buta. 

Walaupun yang bercakap itu adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah tetapi percayalah di negeri lain dan di kerajaan Pusat pun kurang lebih serupa juga.

So what should the Penjawat Awam do? Apakah yang patut dibuat oleh Penjawat Awam? Banyak yang boleh dibuat. Saya rasa kalau nak cerita panjang pun tak guna sebab budaya tak mahu kerja terlalu keras sudah lama menebal di hampir semua cawangan dan peringkat government services. Kecuali beberapa bahagian tertentu yang bekerja sangat keras.

Tetapi apa yang lebih penting ialah 'what should the Penjawat Awam NOT DO?'

Tempoh hari PM Brader Ma'el kata pegangan saham koporat oleh bumiputera kurang 17%. Ini termasuk pegangan saham oleh GLC dan syarikat amanah saham diurus oleh  Kerajaan.  Menteri Usahawan lama pula kata sumbangan orang Melayu kepada pertumbuhan ekonomi negara adalah kurang daripada 10%.

Maksudnya sumbangan hasil cukai oleh orang Melayu / bumiputera akan mencerminkan pegangan saham dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan ekonomi negara. Memandangkan bukan semua syarikat koporat bumiputera bayar cukai serta bukan semua orang Melayu yang bayar cukai maka sumbangan cukai orang Melayu / bumiputera adalah jauh lebih sikit daripada sumbangan cukai dan hasil oleh bukan Melayu / bumiputera.  

Bahagian terbesar jumlah sumbangan cukai adalah daripada orang bukan Melayu / bukan bumiputera. Mengikut kenyataan perdana menteri kita  maksudnya kaum bukan Melayu pegang lebih 83% saham koporat dalam ekonomi negara. Maksudnya peratusan sumbangan cukai mereka juga pasti sangat tinggi.

Jadi inilah sumber besar hasil cukai bagi Kerajaan yang boleh digunakan untuk membayar gaji Penjawat Awam yang (ikut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah) hanya bekerja LIMA BULAN setahun walaupun di bayar gaji 12 bulan.  

Maksudnya kaum bukan Melayu / bukan bumiputera adalah seperti angsa yang keluarkan telur emas atau Goose that lays the golden eggs.


 

Jadi bagi Penjawat Awam (yang hampir 100% adalah Melayu / bumiputera) mereka perlu pastikan bahawa kebolehan kaum bukan Melayu untuk terus menyumbangkan bayaran cukai yang lumayan ini TIDAK TERGENDALA.

Untuk pastikan bahawa Penjawat Awam akan terus mendapat gaji, elaun, kenaikan gaji, bayaran pencen dsbnya tanpa putus atau tanpa tergendala make sure kaum bukan Melayu yang sangat banyak menyumbang kepada kutipan cukai dan hasil Kerajaan boleh terus majukan lagi segala usaha dan kerja mereka, bisnes dan perniagaan, pelaburan dan perusahaan dengan mudah, selesa, tanpa gangguan, tanpa rasuah, tanpa sebarang sekatan dsbnya.

Ingat baik-baik merekalah the Goose that lays the golden eggs.

As long as lebih 87% kemampuan ekonomi kita untuk membayar cukai itu terjaga dan maju maka gaji Penjawat Awam pun akan terus jalanlah. Kerja LIMA BULAN pun takpe - tetapi jangan halang bukan bumiputera daripada peluang menjana hasil cukai Kerajaan.

Jadi it is not just what you do tetapi yang lebih penting ialah what you should not do. Jangan halang orang lain. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.