`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 13, 2022

Kontraktor mengaku tak salah cabul 3 wanita

 

Mahkamah membenarkan tertuduh Fariz Sollehim Mohamed diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan. (Gambar Bernama)

SEPANG: Seorang kontraktor pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan tiga wanita di kawasan pusat komersial Tamarind Square di Cyberjaya, Disember tahun lalu dan bulan ini.

Tertuduh Fariz Sollehim Mohamed, 20, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Majistret Sepang di sini.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 21 Dis lalu, 11.46 pagi di tempat letak kereta Tamarind Square terhadap seorang wanita berumur 32 tahun dan dua lagi kes cabul pada 5 April lalu di tempat sama terhadap dua wanita, masing-masing berumur 35 tahun dan 27 tahun.

Lelaki berasal dari Selangor itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ibu bapa tertuduh kelihatan sedih ketika mengikuti prosiding tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman manakala Fariz Sollehim diwakili pelatih dalam kamar Nur Ashiqeen Mohd Sultan dari Tetuan Shah & Hurrie.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali, serta tidak mengganggu mangsa dan saksi kejadian.

Mahkamah menetapkan 30 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.