`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 26, 2022

Masuk ‘zon bebas ego’ jika mahu tewaskan BN, kata naib presiden Bersatu

 

Undi yang berpecah disebabkan banyak parti bertanding memberi keuntungan serta memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen.

PETALING JAYA: Semua pihak yang tidak sealiran dengan Barisan Nasional (BN) disaran masuk ke dalam “zon bebas ego” jika berhasrat menewaskan parti itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mohd Rafiq Naizamohideen.

Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor lalu menunjukkan rakyat di satu-satu kawasan majoritinya menolak BN.

Bagaimanapun, katanya undi yang berpecah disebabkan banyak parti bertanding memberi keuntungan serta memberi kelebihan kepada BN.

“Sebab itu, Bersatu telah buat keputusan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk memberi mandat kepada presiden khususnya biro politik merencanakan strategi yang berkesan.

“Usaha ini bagi memastikan bukan sahaja parti tetapi Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya mampu memberikan saingan sengit atau kemenangan kepada calon bertanding pada PRU15 akan datang,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Cadangan Bersatu menyertai “khemah besar” bersama Pakatan Harapan (PH) mendapat reaksi positif daripada beberapa pimpinan tertinggi parti antaranya Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Ahli MPT Muhammad Faiz Na’aman.

Rafiq yang juga ahli biro politik Bersatu berkata, meskipun cadangan itu menerima pelbagai maklum balas daripada pemimpin parti politik lain, namun ia lebih kepada pendapat peribadi masing-masing.

Katanya, paling penting adalah setiap parti harus membuat keputusan segera, jika mahu menewaskan BN.

“Ada pihak komen positif dan ada juga yang tidak bersetuju. Tapi itu hanya bersifat peribadi.

“Justeru, parti harus buat keputusan kerana strategi perlu dirangka dan disegerakan. Kita tidak spesifik tapi terbuka untuk berjumpa dan berunding dengan mana-mana parti yang berlawanan dengan BN,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.