Sejak 2018 Arab Emiriah Bersatu atau UAE dan Arab Saudi telah mengambil keputusan untuk memisahkan agama daripada urusan pentadbiran Kerajaan. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai "separation of religion and State". Yang berikut ini ada sedikit berita berkenaan:
Saudi Crown Prince Mohammed bin Salman spoke of returning to era before 1979, not just Saudi Arabia, but the entire world.
Riyadh has given up using religion as one of its foreign policy tools.
- Four decades ago, Saudi gave free hand to extremist Salafi to stop Shia Iran
- Saudi involved in anti-communism after 1979 Soviet occupation of Afghan
- opposing Khomeini in Iran and exporting Shiah revolution
- Salafism in Saudi Arabia dictated by political needs
- part of means to get rid of Soviet Union and Ayatollah
Saudi will no longer serve as an incubator for jihadists
Saudi chosen to permanently drop political Islam, its ideology, culture
return to the Islam that preceded revolution in Iran and war in Afghanistan
- Previously, kingdom exported extremism all over Islamic world.
- Now to export tolerance, moderation, peace, stability, development
- Saudi will join majority 1.6b Muslims practising moderate Islam
- new Saudi vision pulls rug from organisations spreading Salafi extremism
- no longer room in Riyadh for mixing religion with politics.
My Comments :
- Maksudnya agama itu adalah pilihan dan amalan peribadi tanpa melibatkan "kuasa pemerintah" seperti penguatkuasaan undang-undang jenayah agama untuk mendakwa orang yang tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa, tidak sehaluan dalam fahaman agama dsbnya.
- Maksudnya setiap individu bertanggung jawab mengikuti dan mengamalkan agamanya dengan sendiri, secara peribadi. Pemerintah tidak akan terlibat.
- Maksudnya kita tidak perlu jaga tepi kain jiran kita dan jiran kita pun tidak perlu menjaga tepi kain kita dalam hal agama.
- Maksudnya agama itu di-simpan dalam rumah dan di simpan dalam hati.
Serupa keadaan di negara kita Malaysia sebelum tahun 1980an. Sewaktu saya sedang membesar pada tahun 1960an and 1970an (di Perak, Melaka dan Pulau Pinang) tidak ada sekali pun kami dengar kes orang ditangkap dan didakwa kerana tidak berpuasa. Ataupun orang didakwa di mahkamah atas sebab perselisihan dengan tafsiran agama pihak pemerintah.
Tetapi sekarang, sesudah meraba dalam gelap lebih 1,000 tahun bangsa Arab mungkin mendekati celik untuk memahami kesilapan besar "jabatan-kan", 'mem-politikkan', 'menjenayahkan' dan 'kerajaan-kan' agama.
Jabatan-kan dan mempolitikkan agama adalah satu perbuatan yang pasti gagal dan menyusahkan manusia sebab dari dulu sehingga sekarang memang tiada fahaman konsisten atau yang sehaluan berkenaan agama (semua agama, tanpa kecuali).
Dari dulu sampai sekarang agama adalah mainan mazhab, cabang dan furu. Contohnya perpecahan besar antara Sunni dan Syiah.
Dunia bukan Arab (India, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indonesia) pandang ringan perpecahan Sunni-Syiah sebab bilangan Syiah sangat kecil - kurang lebih 10% sahaja daripada jumlah umat Islam. Tetapi itu hanya di luar negara Arab.
Di Timur Tengah peratusan Syiah sebenarnya adalah sangat tinggi sehingga terdapat negara majoriti Syiah seperti Iraq, Bahrain, Iran, Yemen dan Azerbaijan (Asia Tengah).
Ramai orang juga tidak tahu bahawa jumlah penganut Syiah di India, Pakistan dan Bangladesh melebihi 100 JUTA orang !!
Dan negara Arab yang lain seperti Arab Saudi, Kuwait, Lebanon, Syria mempunyai peratusan Syiah yang besar juga (25% atau lebih).
Selain itu terdapat juga suku mazhab yang berlainan lagi seperti Salafi, Sufi, Tablig yang tidak sehaluan sesama mereka dalam pelbagai perkara.
Jadi dalam banyak-banyak kepelbagaian agama seperti ini ianya memang menimbulkan masalah dan perselisihan bila hanya satu perisa, pewarna dan pengawet agama dibenarkan menjadi dominan di suatu tempat. Sedihnya itulah yang telah berlaku dalam dunia Islam selama lebih 1,000 tahun - di-iringi sengketa, bunuh membunuh, benci membenci dan banyak lagi.
Jauh sebelum orang Islam, orang Kristian (Eropah) telah mengalami kezaliman dan kekecewaan besar yang serupa. Agama Kristian telah memecah-belahkan dan menghancurkan peradaban orang Eropah. Selama berkurun-kurun benua Eropah mengalami beratusan peperangan yang besar dan kecil disebabkan sengketa agama di kalangan orang Kristian. Sehingga orang Eropah sanggup melarikan diri ke Amerika. Antara pendatang kulit putih terawal di Amerika Utara adalah Pilgrim Fathers ia itu "jemaah haji" yang berhijrah ke benua Amerika Utara untuk melepaskan diri daripada kezaliman agama di Eropah.
Akhir sekali orang Eropah telah celik akan masalah beragama dan setuju memisahkan dan asingkan agama daripada semua urusan kerajaan dan pentadbiran negara. Maka lahirlah istilah dan konsep "Separation of State and religion". Agama disimpan dalam gereja masing-masing, dalam rumah dan di dalam hati. Dan orang Eropah mula hormat-menghormati sesama manusia tanpa peduli sangat kepercayaan agama masing-masing. Katolik, Protestant, Church of England, Russian Orthodox, Greek Orthodox, Calvinists (percaya takdir), Huguenots, Lutheran (tidak percaya takdir), Baptist semuanya tidak takut dan tidak peduli kepada jiran mereka yang berlainan mazhab. Mereka sudah tidak lagi bunuh membunuh atas sebab perbezaan tafsiran agama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.