`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 25, 2022

Menteri pendidikan jelaskan sebab ‘membisu’ 2 tahun

 

Radzi Jidin berkata, dalam tempoh dua tahun membisu, KPM fokus mengukuhkan asas dalam sistem pendidikan negara. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin menjelaskan mengapa beliau mengambil masa sehingga dua tahun sebelum menjawab beberapa isu berbangkit membabitkan kementeriannya.

Katanya, beliau menyedari banyak isu dibangkitkan media, namun kementeriannya bersikap selektif dalam memberikan respons dan fokus mengukuhkan asas dalam sistem pendidikan negara.

“Pendekatan kami di KPM (Kementerian Pendidikan) adalah memberi fokus kepada perkara struktur. Sebab itu bila banyak isu kita dengar, mana yang perlu kita beri maklum balas, kita beri. Yang mana tak patut beri maklum balas, kita tak beri.

“Yang pasti, dua tahun ini kita fokus perkara pokok yang beri kesan besar pada kementerian,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ihya Ramadan bersama media hari ini.

Radzi berkata, dalam tempoh dua tahun membisu, KPM sudah melaksanakan pengambilan “one-off” 18,702 guru bagi mengisi kekosongan dalam sektor perguruan.

Katanya, banyak pihak bercakap mengenai beban guru, justeru KPM mencari penyelesaian dengan menambah jumlah guru dalam usaha mengurangkan beban tugas golongan pendidik.

“Bila saya masuk kementerian, saya dapati isu kekosongan guru, perkara yang amat serius. Kita cakap pasal soal beban tugas guru. Sekiranya perkara asas berkaitan bekalan guru tak diselesaikan, maka kita sukar untuk selesaikan isu beban guru itu sendiri.

“Akan ada kekosongan guru, tapi kekosongan itu sebab guru bersara dan bersara awal. Selepas ini, kita tak ada masalah kekurangan guru dan kementerian boleh bergerak ke hadapan dengan guru yang mencukupi,” katanya.

Beg sekolah berat

Radzi berkata, pengurangan mata pelajaran mampu mengatasi masalah beg sekolah berat.

“Saya turun ke bawah dan tengok sendiri beg anak-anak. Isunya mudah saja. Bila saya semak jadual di dinding, kita dapati mata pelajaran tiga, jauh lebih ringan daripada tujuh mata pelajaran. Saya pusing banyak sekolah, semuanya sama.

“Kita balik ke kementerian, kita bincang tentang jumlah mata pelajaran. Tujuh subjek anak-anak kita nak fokus yang mana? Kita di universiti dulu, esok ada tiga subjek tutorial pun pening kita nak buat.

“Jadi, saya putuskan untuk tahap satu, tujuh subjek dikurangkan kepada tiga hingga empat subjek saja.”

FMT sebelum ini melaporkan seorang remaja terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang yang antara sebabnya ialah menggalas beg sekolah berat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.