Ok I received the following from someone. I dont know if it is real or fake. It appears to be a portion of the minutes of a meeting of some sort to discuss political strategy.
'akan dapat pengampunan' ? Pengampunan kepala hotak apa? Pengampunan tak payah bayar balik pinjaman TPPT? Sebab sudah dapat CGPA 3.8 ke ?
Mereka sudah setuju 'dedah dan eliminate Mat Ha_ _an' pula!
Woi Brader Mat, elok hang get ready.
Depa nak dedah dan eliminate kau lah.
Tuan-tuan baca lah dengan teliti. Tuan-Tuan tidak disebut di mana pun. "Minit mesyuarat" ini langsung tidak sebut nasib rakyat marhaen. Atau nasib orang Melayu.
'Kita akan buat dasar ini untuk bantu rakyat' atau 'kita akan restructure ekonomi untuk bantu rakyat marhaen' - langsung tidak ada.
Yang mereka bincang adalah : 'aku ambil ini, kau ambil yang itu, kita share yang ini, yang itu pun kita share'.
Tuan-tuan orang Melayu, please dengar baik-baik, ke-mana pergi ayat famous "satu untuk kau"? Tak ada pun. Tuan-Tuan, where is your portion?
Akhir kalam, perbincangan di atas itu berpaksikan satu ketetapan atau satu ketentuan atau satu certainty yang mereka yakin tidak akan berubah - ia itu 'orang Melayu akan tetap undi kita'.
Lagu "agama, bahasa, bangsa, Cash is king, DAP musuh kita, cari pembunuh Bomba malang, tangkap Ah Moi yang langgar lapan anak kita, RUU dua setengah, RUU tiga suku" semuanya akan dimainkan sekali lagi.
'orang Melayu akan tetap undi kita'.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.