`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 21, 2022

Tahan kanak-kanak jalanan di Kota Kinabalu, kata ADUN

 

Gambar dua kanak-kanak meletakkan skru di atas jalan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

KOTA KINABALU: ADUN Api-api, Christina Liew meminta pihak berkuasa menahan kanak-kanak jalanan dipercayai warga asing yang bertindak semakin melampau di sekitar bandar itu.

Ketua PKR Sabah itu meminta pihak berkuasa menghantar kanak-kanak terbabit pulang ke negara asal bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan.

Ini kerana, katanya, kanak-kanak jalanan itu bukan saja meminta sedekah daripada pengguna jalan raya, malah mereka turut meletakkan skru di atas jalan.

Beliau berkata, tindakan kanak-kanak terbabit tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.

Christina Liew.

“Perbuatan mereka ini bukan saja menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya apabila meletak skru di atas jalan raya.

“Mereka juga dilihat mengacau pengguna jalan raya dengan meminta sedekah setiap kali kenderaan berhenti di lampu isyarat.

“Tolong atasi masalah ini, mereka mungkin kanak-kanak jalanan pada hari ini, tapi tidak mustahil esok mereka akan jadi penjenayah dan menimbulkan kegusaran orang awam pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.