`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 13, 2022

Wanita maut tergelincir ketika cuba rakam gambar di ‘Blue Lagoon’

 

Mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada 5.08 petang, menurut bomba. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas tergelincir jatuh dari tebing tasik berketinggian 23 meter ketika cuba merakam gambar pemandangan di Tasik Biru Kangkar Pulai atau ‘Blue Lagoon’, Johor Bahru, petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Mohd Riduan Akhyar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.06 petang.

Riduan berkata, mereka menghantar bantuan menerusi sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta kenderaan pacuan empat roda ke lokasi kejadian.dengan kekuatan 11 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Suraini Adnan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai.

Katanya, siasatan mendapati seorang wanita, V Aruna, 25, terjatuh akibat tergelincir dan suaminya memaklumkan kejadian berlaku ketika mangsa cuba merakam gambar di situ.

“Difahamkan, suami mangsa bersama wanita itu ketika melakukan aktiviti mendaki.

“Anggota bomba menemui mangsa di sekitar kawasan anak sungai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada 5.08 petang,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Harian Metro.

Difahamkan, tasik yang terletak bersebelahan sebuah kuari adalah kawasan larangan, namun menjadi tarikan dalam kalangan ramai penggemar aktiviti mendaki yang tidak menghiraukan keselamatan untuk melihat pemandangan indah di kawasan terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.