`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 31, 2023

Agihan kerusi PN 90% siap, kata Hamzah

 

Hamzah Zainudin berkata, rundingan agihan kerusi PN untuk PRN di enam negeri sudah sampai penghujungnya.

PETALING JAYA: Rundingan agihan kerusi parti komponen Perikatan Nasional (PN) 90% selesai bagi menghadapi PRN di enam negeri, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin.

“Sudah sampai penghujungnya…di Selangor dan Kedah, ada satu, dua lagi kerusi yang kita nak muktamadkan. Di Negeri Sembilan, tidak banyak kerusi lagi.

“90% telah pun kita selesaikan,” katanya selepas merasmikan Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad Universiti Malaya kali ke-14 peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa 2023 di sini.

Ads by Kiosked

PRN akan diadakan di enam negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, rundingan agihan kerusi parti komponen PN secara umumnya hampir selesai dan calon dinamakan akar umbi bagi PRN di enam negeri sedang disaring.

Katanya, selepas proses rundingan agihan kerusi dimuktamadkan dan saringan calon selesai, PN akan terus berkempen di enam negeri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.