`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 31, 2023

PRN: PKR terbuka terima ahli calon diri sendiri, kata Aminuddin

 

Naib Presiden PKR Aminuddin Harun, berkata PKR mengalu-alukan senarai calon yang dihantar kepada bahagian, Majlis Pimpinan Negeri, termasuk ahli menghantar langsung kepada pucuk pimpinan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PKR terbuka menerima individu yang mahu mencalonkan namanya sendiri bertanding pada PRN, kata naib presidennya, Aminuddin Harun.

Beliau berkata, pucuk pimpinan parti dijangka mula menyaring calon yang dihantar, sebelum hujung Jun.

Katanya, berkata ibu pejabat PKR dijangka mula menerima senarai calon mahu bertanding, pada awal bulan Jun.

Ads by Kiosked

“Senarai calon semua boleh hantar, ada yang hantar kepada cabang (bahagian), kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN), dan boleh juga diri sendiri yang hantar terus (kepada pucuk pimpinan).

“Kita terbuka dan tidak tetapkan jumlah calon atau berapa banyak calon yang ingin dikemukakan kerana saringan hanya akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti yang dijangka sebelum akhir Jun nanti,” katanya menurut Berita Harian.

Kata menteri besar Negeri Sembilan itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Wisma Negeri, di Seremban.

Aminuddin ketika mengulas lanjut, berkata antara aspek diambil kira menjadi calon adalah dapat diterima pengundi dan memenangkan parti.

Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan terbabit dalam PRN termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada 6 Okt tahun lalu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata parti mengambil keputusan membuka peluang kepada seluruh rakyat untuk menjadi calon PRU15.

Ads by Kiosked

“Kami berharap langkah PKR ini akan menjadi satu inovasi politik baharu dalam negara. Selama 20 tahun kami melalui proses bersih budaya itu, mereka yang menyertai keadilan daripada kumpulan lain daripada Umno reformis, aktivis, kesedaran politik muncul sejak pemecatan Presiden PKR Anwar Ibrahim,” katanya.

PKR terbuka terima ahli calon diri sendiri, kata Aminuddin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.