`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 30, 2023

Tetak suami hingga cedera, wanita ditahan polis

 

Polis berkata suspek ditahan 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa tengah malam kelmarin. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki menetak suaminya menggunakan pisau pemotong daging di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, Kelantan, petang kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun ditahan di rumahnya jam 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa pada tengah malam kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 31 tahun cedera di lengan kanan.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 12 tengah malam kelmarin.

“Berdasarkan keterangan bapa mangsa, dia dimaklumkan mangsa ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

“Bertindak atas laporan diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa, 3 petang semalam.

“Hasil ujian saringan awal terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.