`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 31, 2023

Hamzah akui kenyataan Sanusi cetus ‘rasa tak senang’

 

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin, berkata apa yang lebih penting adalah membangunkan negara untuk masa depan lebih baik.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin mengakui kenyataan Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah menimbulkan “perasaan tidak senang”.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, isu yang dibangkitkan menteri besar Kedah itu adalah berdasarkan “fakta sejarah” di mana Pulau Pinang sebelum ini berada di bawah Kedah.

“Sudah lama cerita ini. Ia bukanlah kenyataan yang dibangkitkan oleh Sanusi sahaja. Tetapi, kalau kita bangkitkan isu ini pada waktu ini dia akan menyebabkan ada perasaan tidak senang (pihak lain).

Ads by Kiosked

“Jadi, fakta yang sebenarnya memang betul Pulau Pinang itu milik Kedah dahulunya, tapi buat masa ini yang pentingnya adalah kita bangunkan negara kita ini biarlah kita tahu bahawa kita bersama untuk menentukan masa depan kita yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan kejuaraan silat terbuka pendekar seabad Universiti Malaya kali ke-14 peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa 2023 di sebuah pusat membeli belah di Ara Damansara.

Pada Isnin, selepas menandatangani perjanjian sempadan darat dan maritim antara Kedah dan Perlis, Sanusi sekali lagi mendakwa Kedah milik Pulau Pinang.

“Jadi tak dak la sempadan Kedah-Pulau Pinang itu, sempadan negeri kita dok sebelah pulau sana (Balik Pulau), dengan Perak mungkin ada. (sempadan Kedah-Pulau Pinang) nak ukur kat mana, nak pakai warta nombor berapa,” katanya menurut Sinar Harian.

Bahagian pulau Pulau Pinang dan Province Wellesley (kini Seberang Perai) dipajak oleh Kesultanan Kedah kepada British, pada 1791 pada harga 10,000 dolar Sepanyol.

Mengikut sejarah, menyatakan Syarikat Hindia Timur akhirnya memperoleh tanah itu daripada Sultan Kedah, sebagai balasan mendapat perlindungan ketenteraan dan bayaran tahunan untuk selama-lamanya.

Ads by Kiosked

Dalam bayaran tahunan, yang kini dikenali sumbangan khas, dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM10 juta setahun oleh Putrajaya, pada 2018.

Sanusi bagaimanapun menganggap sumbangan khas itu sebagai “bayaran pajakan” dan meminta ia dinaikkan kepada RM100 juta memandangkan “kemajuan” Pulau Pinang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.