`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 31, 2023

Cuaca panas: Masjid Negara anjur solat hajat esok

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata masjid dan surau di bawah Jakim dan Jawi diminta mengadakan solat hajat memohon kesejahteraan negara dan masyarakat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta melaksanakan solat hajat esok bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikut keadaan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta berbuat perkara sama.

“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.

Ads by Kiosked

“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,” katanya menurut Bernama.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.