`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 22, 2023

Kontroversi kalimah ‘Allah’

 

Kerajaan memutuskan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Jill Ireland dari Sarawak dalam pembelajaran agamanya.

PETALING JAYA: Isu yang didebatkan berdekad lamanya – sama ada orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” – kembali hangat Isnin lalu apabila kerajaan mengumumkan ia menarik balik rayuan terhadap keputusan penting Mahkamah Tinggi pada 2021.

Keputusan itu dibuat dalam kes dibawa seorang penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland, yang mempertahankan haknya untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam pembelajaran agamanya. Kerajaan pada masa itu memutuskan untuk merayu penghakiman tersebut.

Penarikan balik rayuan itu, yang dianggap sebagai “pusingan U”, mengundang kritikan. Persoalan dibangkitkan sama ada keputusan itu dibincangkan dengan Majlis Raja-Raja dan majlis agama negeri.

Ads by Kiosked

FMT melihat dengan lebih dekat kronologi isu itu, pertikaian undang-undang yang timbul dan sebarang kemungkinan impak politik.

Kontroversi

Kalimah “Allah” ialah istilah bahasa Arab merujuk kepada Tuhan dan paling lazim digunakan oleh orang Islam. Kontroversi timbul apabila penganut Kristian di Sabah dan Sarawak turut menggunakan istilah tersebut dalam kitab Injil mereka dan penerbitan keagamaan dalam bahasa Melayu.

Pelbagai kumpulan pendesak Islam berhujah bahawa kalimah “Allah” adalah eksklusif untuk orang Islam, memetik arahan kerajaan pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakannya.

Bagaimanapun, penganut Kristian terutama yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu, berpendapat mereka menggunakan kalimah “Allah” selama berabad-abad, untuk menggambarkan Tuhan.

Arahan 1986

Ads by Kiosked

Pada 1986, Jemaah Menteri menugaskan Ghafar Baba, timbalan perdana menteri ketika itu, untuk membuat keputusan perkataan mana yang harus dilarang daripada digunakan oleh penganut Kristian.

Ghafar memutuskan empat perkataan iaitu “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” dan “solat”, boleh digunakan selagi frasa “untuk penganut Kristian” dicetak pada kulit buku atau bahan tersebut

Bagaimanapun, pada Disember tahun itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan pekeliling melarang penggunaan empat perkataan itu oleh golongan selain orang Islam.

Pertikaian undang-undang

Pada 2008, Ireland ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana memiliki lapan CD mengandungi kalimah “Allah” dalam bagasinya.

Beliau kemudian memenangi kes mahkamah yang mengisytiharkan rampasan itu menyalahi undang-undang, dan barangan tersebut dikembalikan kepadanya pada 2015.

Ads by Kiosked

Mengulas mengenai kes itu, peguam Joshua Wu berkata, permohonan semakan kehakiman oleh Ireland pada mulanya hanya mencabar rampasan, tetapi kemudian diperluas untuk mencabar arahan pada 1986 itu.

“Hakim dalam kes itu membuat kesimpulan bahawa arahan pada 1986 itu menyalahi undang-undang kerana tidak konsisten dengan dasar Jemaah Menteri pada 1986, di mana syarat tambahan “untuk penganut Kristian” ditafsirkan sebagai pengecualian kepada larangan penggunaan kalimah ‘Allah’,” katanya.

Kes Ireland berlangsung pada masa sama dengan satu lagi tuntutan mahkamah yang melibatkan akhbar mingguan Katolik, The Herald, yang cuba membatalkan larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitannya.

“Permohonan semakan kehakiman The Herald lebih khusus berbanding kes Ireland kerana ia sebahagian besarnya, hanya mencabar permit penerbitan,” kata Wu.

Mahkamah rendah membenarkan The Herald menggunakan kalimah “Allah” pada 2009, tetapi keputusan ini mencetuskan serangan pembakaran dan vandalisme di tapak keagamaan Kristian di seluruh negara. Keputusan itu akhirnya dibatalkan pada 2013.

Isu ‘panas’ dibangkit untuk PRN?

Ads by Kiosked

Penganalisis politik Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia berkata, tindakan kerajaan menarik balik rayuan mungkin tidak memberikan kesan kepada corak pengundian pada PRN di enam negeri akan datang, walaupun terdapat kemungkinan pembangkang mengeksploitasi isu itu.

Beliau berkata, perdebatan mengenai penggunaan kalimah “Allah” ialah “isu lama yang wujud bertahun-tahun dan faktanya diketahui umum”.

Azmil juga berkata, kontroversi itu diperbesar-besar secara tidak seimbang demi kepentingan politik, bukannya kepentingan agama yang tulen.

“Hakikat bahawa kalimah itu boleh digunakan di Sabah dan Sarawak, tetapi tidak di Semenanjung, cukup menyatakan segala-galanya,” katanya.

“Majoriti pendapat yang terpelajar bersetuju bahawa kalimah ‘Allah’ bukan eksklusif untuk orang Islam, jadi terdapat keuntungan politik yang boleh diperoleh oleh mereka yang cuba membesar-besarkan isu ini.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.