`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 10, 2023

Masjid di Perak digesa tubuh koperasi beri manfaat ahli kariah

 

Saarani Mohamad berkata apabila koperasi berkembang maju, ia boleh memperluaskan bidang perniagaan dan mendapat keuntungan untuk memberi dividen kepada ahli.

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad menggesa masjid di negeri itu menubuhkan koperasi demi manfaat ahli kariah.

Beliau berkata, tiba masanya untuk merealisasikan cadangan yang pernah dikemukakannya ketika menjadi exco menjaga koperasi.

Apabila koperasi berkembang maju, katanya, ia boleh memperluaskan bidang perniagaan dan mendapat keuntungan untuk memberi dividen kepada ahli.

Ads by Kiosked

“Setiap masjid sekurang-kurangnya ada 40 lelaki yang boleh solat (Jumaat) sebab syaratnya begitu. Sudah tentu lebih daripada 40 orang, dengan pasangan anak satu kariah bukan setakat 40 orang, satu kariah beribu-ribu orang.

“Jadi, kalau setiap masjid mengambil inisiatif menubuhkan koperasi ahli kariah masing-masing, yuran daripada pungutan itu membolehkan koperasi tersebut membuka perniagaan paling kurang kedai runcit dalam kawasan masjid,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kerajaan memang menggalakkan penubuhan lebih banyak koperasi, malah pelbagai kemudahan disediakan, termasuk insentif kepada koperasi baharu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.