`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 10, 2023

PAS bukan dominan di Kedah, tak mustahil bertukar tangan, kata Mahdzir

 

Mahdzir Khalid berkata PAS di Kedah bukan dominan, tidak seperti negeri pantai timur yang dilihat sememangnya pro PAS. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pentadbiran Kedah mampu bertukar tangan kerana PAS bukan parti dominan di negeri itu, kata Mahdzir Khalid.

Ketua Umno Kedah berkata, negeri itu yang pernah menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) tidak boleh disamakan dengan corak sokongan pengundi di negeri pantai timur, terutama Kelantan yang jelas pro kepada PAS.

“Kedah tidak semestinya tempat PAS, dulu Kedah adalah kubu kuat BN. PAS pernah menang dan pernah juga kalah, jadi ia bukan negeri di mana PAS dominan seumpama di Kelantan,” katanya kepada FMT.

Ads by Kiosked

Menjelang PRN, beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata, BN bakal mengemukakn nama calon dalam masa terdekat selepas rundingan pengagihan kerusi antara parti dalam kerajaan perpaduan.

Katanya, rundingan semua parti yang terlibat itu dilihat positif dan BN Kedah kini dalam fasa akhir memuktamadkan nama calon sebelum dibawa ke pucuk pimpinan.

“Kita sedang menuju ke arah persediaan, Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan kemukakan nama calon,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas ucapan menteri besar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Sanusi Md Nor, yang mendakwa “jeneral-jeneral BN sudah keluar” dan gabungan itu tidak mempunyai jentera besar, Mahdzir berkata BN tidak terkesan dengan kenyataan tersebut.

“Dia (Sanusi) sahaja dalam dunia yang amat berhormat. Kita semua kecil-kecil, yang besar itu dia sajalah.”

Terdahulu, dalam ucapan pada majlis Aidilfitri anjuran PAS di Selangor pada Ahad, Sanusi mendakwa BN kini sekadar mempunyai “jentera-jentera kecil” yang menunggu masa untuk “hanyut”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.