`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 30, 2023

Pengajaran dari Indonesia

 

Tiga minggu lalu, lebih tepat 12 Mei 2023, saya kesempatan mendirikan sembahyang Jumaat di Masjid Fatimah Muhammad, Jakarta Selatan. Antara jemaahnya, Habib Rizieq Shihab, pemimpin kontroversi yang merupakan pendiri apa yang dikenali Front Pembela Islam atau FPI yang diharamkan pemerintah Indonesia pada Disember 2020.

Rizieq datang ke masjid itu khusus untuk sembahyang, bukan bersyarah, berkuliah apa lagi memberi ucapan politik. Apa pun selesai sembahyang beliau diberi ruang oleh pihak masjid untuk menyampai sepatah dua kata kepada jemaah.

Lalu beliau berucap ringkas, menyampaikan salam dan mengingatkan jemaah terus beribadah dan menjaga iman. Selesai ucapan beliau bersalaman dengan jemaah. Ramai juga yang beratur untuk berjabat tangan dengannya walaupun tidaklah seramai orang kerumun beliau pada detik kemuncak FDI dulu. Pada hemat saya, beliau masih dihormati sebagai seorang agamawan.

Saya turut berjabat tangan dengannya. Itu sahaja tanpa berkata apa-apa. Jauh sekali cuba menemuramah. Waktu itu tidak sesuai untuk melakukan itu.

Rizieq sekarang berusia 57 tahun. Selain Universiti Raja Saud, beliau pernah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Sains Islam Malaysia.

FDI yang beliau tubuhkan memang kumpulan garis keras. “Hardliner”. Dengan jumlah besar, anggota mereka sering bertindak menyerang dan memecahkan premis kelab malam dan sebagaimya berdasarkan “memerang maksiat, berjihad, dan menegakkan syiar Islam”.

Rizieq pernah menghadapi tuduhan jenayah di Indonesia lalu lari menetap di Riyadh dari 2017 hingga 2020. Sekembali ke Indonesia beliau ditangkap atas tuduhan menghasut dan mengadakan acara keramaian dihadiri ribuan penyokong sekali gus melangggar protokol kesihatan Covid-19 masa itu. Beliau dibebaskan dengan bersyarat pada 20 Julai 2022.

Hakikatnya beliau terbabit dalam banyak kontroversi. Bagaimanapun menurut rakan rakan media Indonesia, sejak dibebaskan Rizieq agak “perlahan” meskipun masih aktif. FDI yang diharamkan dikatakan bergerak dalam bentuk lain dan kumpulan lain.

Ads by Kiosked

Di Indonesia, memang ada beberapa kumpulan ekstrem yang dukung intepretasi Islam yang keras. Tidak dinafikan mereka boleh membawa ancaman ke atas republik yang memegang teguh Pancasila yang menjamin keadilan serta kesaksaman untuk semua. Perlu diingat Indonesia merangkumi 17,000 pulau, 1,300 suku bangsa, 700 bahasa, dan populasi lebih 273 juta.

Tempoh hari bantahan keras beberapa pihak termasuk kumpulan “Islamist hardliner” terhadap penyertaan pasukan Israel pada Piala Dunia Bawah 20 Tahun dipercayai punca keputusan FIFA menarik balik status tuan rumah kejohanan yang diberi kepada Indonesia. Pembatalan dilaksana beberapa bulan sebelum kejohanan dijadual bermula.

FIFA bagaimanapun tidak beri keterangan lanjut. Sekadar berkata “situasi terkini” di Indonesia mendorong badan dunia itu menarik balik hak tuan rumah daripada Indonesia.

Kumpulan Islamis keras juga dipercayai memain peranan besar dalam kes terpenjaranya Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, bekas governor Jakarta atas tuduhan menghina atau menista agama Islam.

Pada pemilihan presiden Indonesia 2019, Prabowo Subianto disokong kumpulan Islamis keras kerana dilihat mengambil pendirian Islamik. Beliau bagaimanapun tidak berjaya mengalahkan Joko Widodo .

Rumusan keputusan itu ialah majoriti rakyat Indonesia menolak dasar ekstrem walaupun Indonesia mempunyai jumlah rakyat beragama Islam paling besar di dunia. Mereka mahu kepelbagaian dan moderat.

Para penganalisis berkata meskipun kumpulan Islamis keras boleh sedikit sebanyak memberi sumbangan terhadap calon atau parti yang mereka sokong, ia bukan penyumbang “crucial”. Sokongan mereka bukan bererti menang. Sebabnya seperti dikatakan tadi majoriti rakyat Indonesia “reject extremism”. Ini akan diteruskan pada pemilihan mendatang.

Probowo dikatakan akan mencuba lagi apabila pemilihan presiden Indonesia diadakan tahun depan. Adakah beliau akan menggunakan semula taktik lama? Adakah beliau akan bekerjasama dengan kumpulan “hardliner Islamist” seperti pada 2019? Kita tahu setelah tewas waktu itu beliau dijemput Jokowi menyertai kabinetnya dan Probowo terima. Apa pandangan kumpulan keras ke atasnya sekarang?

Di Malaysia kita ada kumpulan yang mendakwa diri sebagai pembela Islam dan bangsa Melayu. Mungkin tidak sekeras yang di Indonedia “but hard nevertheless”. Mereka menyokong parti politik yang juga mendakwa membela Islam dan Melayu.

Dalam masyarakat Malaysia yang terdiri pelbagai agama dan bangsa pendirian seperti itu membimbangkan kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Setiap kali pilihan raya menjelang retorik agama dan bangsa muncul, dijadikan isu dan dimainkan. Pihak yang meniupkan sentimen sedemikan kadang kala berjaya apa yang dihajati di kawasan tertetu. Tetapi untuk sekian lama rakyat secara menyeluruh menolak ekstremisme. Sama seperti di Indonesia.

Adakah ini akan beterusan? Secara peribadi begituh harapnya. Atau ramai khususnya orang Melayu Islam akan kelak dibuai tiupan sentimen?

Oh sebagai penutup kata. Saya ada terbaca laporan bahawa undang-undang syariah yang keras di Aceh juga sedang dikajikan semula. Rasanya kita tahu mengapa dan apa tujuannya. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.