`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 11, 2023

Terima kasih PM, kata Azam selepas kontrak dilanjut

 

Muda Selangor kecewa dan mahu kerajaan menjelaskan lanjutan kontrak Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

PUTRAJAYA: Azam Baki berterima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mencadangkan dan menasihatkan Agong melanjutkan kontraknya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, tindakan Anwar mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam negara.

“Saya pertama kali mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan tuanku melanjutkan kontrak saya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Ads by Kiosked

“Juga terima kasih kepada perdana menteri kerana mencadangkan atau menasihatkan Agong kerana mengikut undang-undang. Mesti atas nasihat daripada perdana menteri,” katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi timbalan perdana menteri.

Semalam, kerajaan mengumumkan tempoh perkhidmatan Azam sebagai ketua SPRM dilanjutkan setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata sedia berjumpa Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, dalam masa terdekat bagi membincangkan isu laporan salah laku yang dikatakan tidak diendahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Azam berkata, dalam perjumpaan itu nanti beliau sedia menjelaskan perkara tersebut secara terperinci.

Katanya, setakat ini hanya menteri pengangkutan sahaja yang mahu bertemunya bagi membincangkan isu tersebut.

“Kementerian Pengangkutan salah satu yang terlibat, jadi saya sedia berjumpa menteri berkenaan untuk menjelaskan isu itu,” katanya.

Ads by Kiosked

Isnin lalu, Azam dilaporkan berkata, SPRM masih menunggu tindakan susulan agensi kerajaan berhubung lebih 500 laporan salah laku, yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu.

New Straits Times melaporkan kebanyakan laporan itu membabitkan polis, diikuti JPJ.

Azam dilaporkan berkata, SPRM biasanya akan mengemukakan laporan kepada ketua jabatan agensi kerajaan jika menemui unsur salah laku. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.