`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 23, 2023

2 rumah di Kampung Baru musnah terbakar

 

Bomba berkata kebakaran melibatkan dua rumah tidak kekal dengan anggaran kemusnahan 100%. (Gambar JBPM)

KUALA LUMPUR: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, tengah malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi Armdan Mahat berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 12.08 tengah malam dan seramai 13 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender, sebuah Light Fire Rescue Tender, satu tangki air serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata, pasukan operasi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Jalan Hang Tuah dan Jalan Tun Razak.

Ads by Kiosked

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan dua rumah tidak kekal dengan anggaran kemusnahan 100%.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa manakala punca kebakaran dalam siasatan forensik,” katanya dalam kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.