`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 14, 2023

Banglo di Sik: Sanusi, keluarga digesa buat laporan polis

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan keluarganya digesa membuat laporan polis sekiranya benar isu banglo yang dikaitkan dengannya telah dimanipulasi untuk memburukkan imej mereka.

Timbalan Pengerusi Penerangan Umno Kedah Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata pihak berkuasa juga wajar menyiasat kesahihan sumber bagi pembinaan banglo milik ahli keluarga Muhammad Sanusi.

"Sebaiknya menteri besar dan keluarga buat laporan polis, pada saya politik cara ni satu politik yang tak patut dibiarkan berterusan.

"Ia hanya bersifat pembunuhan karakter dan ia boleh dilakukan pada blok mana mana parti atau kumpulan," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, dakwaan Sanusi memiliki sebuah rumah banglo di Sik, Kedah tular di media sosial.

Dia bagaimanapun menafikan banglo mewah tersebut miliknya, sebaliknya ia milik abangnya, Menurut Shabudin yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kemudian menggesa SPRM menyiasat pemilikan banglo tersebut.

Katanya pihak berkuasa termasuk polis perlu menyiasat dakwaan itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Polis perlu siasat dan ambil tindakan (terhadap pihak yang mendakwa) kalau ianya tidak berkaitan dengan menteri besar dari segi pemilikan.

"Jika ia berkaitan keluarga menteri besar, siasatlah dari mana sumber hasil yang membolehkan mahligai di Sik itu terbina," katanya lagi.

Hari ini, Shabudin menjelaskan nilai sebenar rumah tersebut adalah kira-kira RM1 juta, bukannya RM7.8 juta seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurut Utusan Malaysia, dia berkata banglo berkenaan mula dibina pada Februari tahun lalu dengan anggaran asal kontraktor adalah sekitar RM800,000.

Dia juga berkata, ia adalah hasil titik peluhnya tanpa menggunakan wang Sanusi, sementara tanah rumah itu didirikan adalah pusaka ibu mertuanya yang diberikan kepada isterinya. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.