`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 11, 2023

Dasar Pendidikan Tidak Pedulikan Fakta Dan Cita-Cita Ibubapa. Lebih Tumpukan Survival Parti Politik Dan Kontrak Cetak Buku

 Tuan-Tuan sila ambil perhatian dengan baik-baik.

Kisah graduan universiti kita tidak boleh mendapat kerja yang berbaloi dengan empat tahun pengajian universiti, dengan hutang PTPTN RM20 ribu, cerita graduan universiti kerja food delivery atau kerja kutip sampah di Pulau Pinang sudah jadi cerita basi. Berita boring yang ramai orang sudah fed up untuk dengar lagi.

Realiti nya sistem pendidikan negara kita sudah pun rosak dan menghampiri kehancuran secara total.

Yang lagi rosak adalah sistem persekolahan di mana setiap tahun pemimpin politik dan menteri-menteri pendidikan amalkan dasar-dasar pelik, tidak masuk akal yang bertentangan dengan perkembangan pendidikan abad ke 21 di seluruh dunia.

Contohnya pada waktu negara lain sangat fokus kepada pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) sistem pendidikan kita pula menumpukan masa yang paling banyak mengajar agama berbanding sains dan matematik. 

16% primary school time religious education, 12% mathematics, 7% science (2022)

Mungkin graduan yang kerja food delivery boleh juga kerja sambilan sebagai tukang baca doa atau tukang sembahyang jenazah.

Di negara China mereka mengajar 18 waktu pelajaran sains seminggu. Singapura  pula menumpukan 15 waktu pengajian untuk sains. 

Tetapi setiap tahun kita melihat keputusan SPM paling cemerlang dengan berpuluhan ribu calon mencapai A bagi Matematik, Sains dan matapelajaran lain.

Keputusan SPM 2021 (walaupun pandemik) terbaik dalam sejarah Tanah Melayu. 
SPM 2022 pula lagi baik daripada 2021. 
Percayalah tentu sekali 2023 akan bertambah cemerlang lagi. 

Bagi SPM tahun 2022 pencapaian yang paling "popular" adalah gred 'A' bagi enam matapelajaran utama. 31% calon Matematik dapat A - gred yang paling banyak tercapai berbanding kesemua enam mataplejaran. 25% calon Bahasa Inggeris dapat 'A' - sekali lagi gred yang paling 'popular'. 

Maksudnya jika anak Tuan-Tuan duduki SPM 2022 maka dia mempunyai highest probability mendapat A bagi Matematik (31%), A untuk Inggeris (25%). Probability mendapat B, C, D sampai F adalah lebih rendah daripada mendapat A. 

Gred yang paling mudah dicapai adalah gred A !! Aiwa ! Aiwa ! 

Maka terjadilah bell-curve tonggang terbalik seperti ini bagi keputusan SPM kita (bukan 100% accurate tetapi close) :


Yang latest pula timbul isu program DLP (pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris)  yang makin terkubur. Menteri baru pula main gempaq dengan kenyataan lintang pukang 'penuhi kriteria dahulu sebelum boleh mengadakan DLP'.

 


 

Tiba-tiba ada kriteria pula. Siapa pun tak tahu apa benda kriteria yang dimaksudkuan itu. Bottomline - DLP tak boleh.

Sekolah Tamil pula diletak syarat perlu fasih bahasa Melayu sebelum boleh buat DLP. Tetapi sejak berpuluh tahun sekolah Tamil lulus Bahasa Malaysia peringkat UPSR. Tidak ada masalah. (UPSR pula dibatalkan - bukan salah sekolah Tamil pun).

Saya telah menerima emel daripada wakil PAGE (Parents Action Group for Education) yang merakamkan dukacita mereka berkenaan pembatalan DLP bagi anak-anak mereka:

 

Assalamualaikum Tuan

Kami menulis kepada tuan bertujuan untuk mendapatkan beberapa pandangan mengenai isu yang berlaku di sekolah pada masa ini. 

Kami ibu bapa CBN1 ingin mendapatkan pendapat Tuan mengenai keputusan baharu KPM untuk mengurangkan bilangan kelas DLP di sekolah. CBN1 adalah salah satu sekolah yang terjejas.

Kami berharap untuk mendapatkan sokongan untuk mengembalikan semula kelas DLP terutamanya di sekolah kami. 

  • Kami hanya dimaklumkan melalui WhatsApp mengenai perubahan yang dibuat oleh KPM selepas anak-anak kami mula sekolah pada minggu pertama. 
  • Kami kemudian diberitahu bahawa anak-anak kami akan dinilai dan kemudian dibahagikan kepada kelas bukan DLP dan DLP. 
  • Sebelum ini, CBN1 mempunyai kelas DLP 100% sepenuhnya. 
  • Anak-anak kami dalam Kelas 1 Emerald merupakan kelas DLP pertama di CBN1 yang berkuatkuasa pada 23/24 ini. 
  • Oleh itu, tiada masalah ketiadaan guru kerana semua kelas darjah 2 hingga darjah 6 dan satu kelas darjah 1 adalah DLP.


Kami berharap agar ada seseorang yang vokal dapat menimbulkan isu ini, terutamanya seseorang seperti tuan yang pakar dalam bidang yang berkaitan. 

Kami ingin anak-anak perempuan kami dapat memperoleh pengetahuan STEM mereka yang banyak terdapat dalam bahasa Inggeris seawal mungkin dalam kehidupan mereka. 

Majoriti pelajar di CBN1 adalah Melayu dan tidak mungkin anak-anak kami melupakan asal usul mereka dan pentingnya bahasa Melayu dengan mengambil kelas DLP. 

Oleh itu, kami menuntut agar keputusan yang baru dibuat oleh KPM dikembalikan. 

Kami berharap Tuan dapat memberi pendapat berkenaan hal yang diubah secara drastik pada tahun sekolah ini. 

Perubahan drastik ini juga di buat di MRSM sekiranya Tuan ada mengikuti perkembangan dan perubahan yang dilakukan oleh YB Menteri selepas memegang jawatan menteri pendidikan.

Kami berharap Tuan dapat mempertimbangkan untuk berbicara mengenai isu ini.

Sekian. Terima kasih.

Ikhlas,
Wakil ibu bapa murid 1 Emerald CBN1. 

 

My Comments :

Dan yang berikut pula berita penyerahan memorandum memohon kelas DLP yang telah disampaikan kepada KPM oleh guru dan ibubapa murid di SJK Tamil Jalan Yahya Awal di Johor Bahru.


Wakil SJKT JLN YAHYA AWAL submitting DLP Memo to Political Secretary Puan Atiqah, receiving on behalf of Menteri Pendidikan Malaysia at KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 🇲🇾

"SJKT JLN YAHYA AWAL had FOUR DLP classes. The Minister cancelled THREE and only allowed one.
"

Jadi kedua-duanya Sekolah CBN1 dan SJKT Jalan Yahya Awal telah pun menjalankan DLP (Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) tanpa sebarang masalah. Tetapi tiba-tiba Menteri baru telah membatalkan kelas DLP mereka hingga tinggal satu kelas sahaja (SJKT Yahya Awal).

Labu mereka tidak rosak pun. Habis kenapa pula tiba-tiba tikus baru nak menyibuk merosakkan labu? Why? 

Kereta dia tak rosak pun. Enjin semua ok. Jalan smooth. Tiba-tiba datang mekanik baru nak repair kereta yang bukan rosak pun. What d' hell?

Bagi saya there is another aspek to this problem.

Bagi saya yang menimbulkan masalah di sini adalah pemain politik yang menyamar sebagai pemimpin, menteri, pemegang kuasa dsbnya. Mereka lah masalah yang sebenarnya yang merosakkan sistem pendidikan kita sejak berpuluh tahun.

Memang pun 'Rome was not built in one day'. Begitu juga 'you cannot destroy Malaysia in one day'. Merosakkan masa depan sebuah negara dan masyarakatnya mengambil masa berpuluh tahun.

Kita berterima kasih lah kepada UMNO dan BN yang telah gigih merosakkan sistem pendidikkan negara sejak berpuluh tahun lalu. Dan tradisi tikus perosak ini sekarang diwarisi dan diterajui oleh pelawak dan pelakon politik PH pula. Bulu dia lain warna, tudung dia lain warna tetapi kepala otak depa sama. Tikus perosak semua.

Tak kira parti mana yang pegang kuasa mereka sangat akrab dan karib dengan kumpulan tertentu yang mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar yang boleh menentukan dasar kerajaan termasuk dasar pendidikan. Ini termasuk pressure group atau 'lobby' yang mewakili penerbit dan pencetak buku teks sekolah. This is a very rich and powerful group.

Setiap tahun KPM keluarkan kontrak bernilai beratus juta Ringgit untuk menerbit dan mencetak pelbagai buku teks, workbook dsbnya untuk kegunaan sekolah. Penerbit buku teks ini sudah biasa dengan bahasa Melayu. Sebarang peralihan kepada bahasa Inggeris akan melibatkan kos yang lebih untuk mengupah penulis, editor dsbnya untuk menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris.  Inilah pejuang bahasa yang sebenarnya - sebab kontrak menerbit dan mencetak buku teks bernilai berpuluh dan beratus juta Ringgit.

Cubalah PAGE atau SJKT Jln Yahya Awal atau NGO pro DLP jemput Menteri datang berjumpa dan berdialog.  Saya rasa lebih mudah jemput Korea Utara dan Selatan bergabung semula.

Tetapi lobby dan pressure group yang mewakili penerbit dan pencetak buku teks lebih mudah menghubungi menteri.

Jadi penyelesaian bagi masalah ini bukan lah hujah yang lojik atau berasaskan fakta atau perbandingan dengan negara lain. Itu semua tidak akan diterima. Tak boleh pakai.

Penyelesaiannya ialah untuk tidak mengundi mereka lagi. Itu saja. Frighten them with the peti undi.

Bagi saya, NGO pendidikan, persatuan ibubapa, dsbnya should tell them clearly : 'This is what we want. Kami mahukan DLP (contohnya) bagi anak-anak kami. Can you deliver or not? Kalau boleh, terima kasih dan kami akan undi awak. Kalau tak boleh its ok. Bila pilihanraya nanti kami tidak akan undi awak lagi. Dan kami akan bagi tahu kepada semua network dan ahli kami untuk tidak mengundi awak.'

It has to be a political approach. 

Mereka harus faham - taukeh penerbit buku dan pencetak buku boleh memberi banyak sumbangan dana kepada parti politik (secara legal, political party funding is not a crime in Malaysia) tetapi berapa banyak pula sumbangan undi taukeh penerbit buku yang paling sikit bilangan mereka berbanding berpuluhan ribu undi golongan ibubapa dan NGO yang merisaukan masa depan anak-anak kita? 

Majoriti pelawak dan pelakon politik kita tidak faham - antara sebab UMNO BN hilang populariti dan akhirnya kalah pada 2018 adalah kerana kemerosotan sistem pendidikan kita juga. Tetapi sekarang Team Baru ini pula masih mahu meneruskan dasar-dasar lama UMNO itu tetapi dengan harapan bahawa secara ajaib segala dasar-dasar yang telah akibatkan Umno di tongsampahkan akan menguntungkan PH pula. There is something seriously wrong with this type of thinking.

Kaum ibu bapa fed up melihat anak-anak mereka yang sudah graduate dari university tidak boleh bersaing dan tidak boleh mendapat kerja dan peluang hidup yang setaraf dengan kelulusan ijazah universiti.  I mean their son or daughter already has a university degree tapi kerja tak ada, gaji rendah, tak fasih cakap bahasa Inggeris, tak boleh kerja di overseas. Dan sudah berhutang puluh ribu dengan PTPTN.

Anak-anak lepasan SPM pula terpaksa bersaing dengan penganggur universiti graduate untuk merebut kerja food delivery.

Hampir seratus ribu penuntut Melayu di sekolah Cina juga sangat membimbangkan pelawak dan pelakon politik kita (tak kira UMNO, BN, PH atau siapa pun). 100 ribu penuntut Melayu di sekolah Cina mewakili 'No Confidence Vote' oleh hampir 200,000 ibu bapa mereka. 200,000 ibubapa orang Melayu lebih selesa menghantar anak mereka belajar di sekolah Cina. 

Jadi it has to be a political solution. Jangan undi mereka lagi. Bila tiba pilihanraya, tolak saja mereka ini. Jangan undi mereka sehingga mereka faham mereka mesti dengar hasrat dan cita-cita ibubapa dan umum mengenai apa pun.

Rakyat marhaen tidak punyai banyak duit. Tetapi rakyat marhaen mempunyai berjuta-juta undi.  They must understand this clearly.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.