`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 10, 2023

Ezam antara 4 calon PRM berentap di PRN Selangor

 

Ezam Nor akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRN Selangor bulan depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ezam Nor antara empat calon yang akan bertanding pada PRN Selangor.

Tiga lagi calon yang akan mewakili PRM ialah Naib Presidennya, S Manikavasagam, Ketua Penerangan, Tan Kang Yap, dan Penolong Setiausaha Agung, Syed Ahmad Putra Syed Isa.

Ketua Biro Pilihan Raya PRM, Zainol Arif Jamaludin mengumumkan Ezam akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang, Manikavasagam (Sentosa), Tan (Pandamaran) dan Syed Ahmad Putra (Selat Klang).

“Biro Pilihan Raya PRM sedang meneliti lebih 10 calon lagi untuk PRN Selangor, antara yang akan menjadi calon PRM adalah seorang tokoh reformasi terkenal.

“Satu majlis khas akan diadakan untuk mengumumkan penyertaan tokoh ini dalam waktu terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan mengadakan PRN pada 12 Ogos ini dengan pengundian awal pada 8 Ogos dan penamaan calon pada 29 Julai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.