`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 13, 2023

Individu punca rasuah bukan kaum, pemimpin kerajaan bidas Sanusi

 

Razlan Rafii meminta Sanusi Nor tidak membakar api perkauman dengan mengeluarkan kenyataan negatif. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mengaitkan rasuah dengan orang bukan Islam boleh menimbulkan keraguan antara kumpulan itu dan orang Islam, kata seorang pemimpin DAP.

Khoo Poay Tiong menyifatkan kenyataan Sanusi yang seolah-olah menggambarkan semua orang bukan Islam terlibat rasuah sebagai taktik jahat untuk menang PRN, tidak bertanggungjawab dan boleh memudaratkan kaum.

“Ahli politik seperti Sanusi akan memusnahkan negara ini dengan membuat dakwaan yang tidak munasabah hanya untuk muncul sebagai juara,” kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP itu kepada FMT.

Dalam Podcast Keluar Sekejap disiarkan Isnin lalu, Sanusi yang juga pengarah jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii turut menolak kenyataan Sanusi itu dan menegaskan perbuatan rasuah berpunca daripada individu bukan kaum.

“Jangan membakar api perkauman, ia tiada kaitan dengan kaum,” katanya.

Pemimpin Amanah Sany Hamzan berkata Sanusi tidak seharusnya mencari publisiti murahan sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada dasar kerajaan.

“Sama ada pelakunya Cina, Melayu atau India, asalkan mereka rakyat Malaysia, kami tidak bersetuju dengan amalan rasuah,” katanya.

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker berkata rasuah dianggap sebagai penyakit sosial yang tiada kaitan dengan mana-mana kaum tertentu.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang memperkatakan isu 3R (kaum, agama dan royalti) untuk meraih undi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.