`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 26, 2023

Kedai emas dipecah masuk, 3kg barang kemas lesap

 

Anggota forensik polis melakukan pemeriksaan di belakang sebuah kedai emas yang dipecah masuk dalam kejadian awal pagi tadi di Tanjung Rambutan di Ipoh, Perak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemilik kedai emas di Tanjung Rambutan di Ipoh, Perak mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas premis itu dipecah masuk sekumpulan penjenayah pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata, kejadian itu disedari oleh pekerja yang membuka kedai emas itu untuk beroperasi pada jam 10 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati tiga lelaki memecah masuk kedai itu antara jam 1 hingga 3 pagi.

“Suspek memecah masuk kedai melalui pintu belakang sebelum membuka peti besi simpanan emas dengan menggunakan peralatan dipercayai mesin pencanai.

“Suspek melarikan 3kg barang kemas dengan nilai pasaran sekitar RM1 juta,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, polis kini sedang giat mengesan tiga lelaki tersebut yang memakai topeng muka ketika kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai dan curi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.