`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 19, 2023

Kertas siasatan Hadi, Guan Eng diserah kepada peguam negara semalam

 

Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng sebelum ini disiasat oleh polis susulan kenyataan dikeluarkan mereka yang dikatakan menyentuh isu 3R.

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung isu 3R (institusi raja, agama dan kaum) terhadap Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, masih terdapat siasatan yang perlu dilakukan oleh polis, yang sudah mencapai tahap 70% lengkap.

“Ada lagi siasatan yang kita perlu selesaikan daripada segi pengekalan data dan juga forensik,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ahad lepas, polis mengesahkan kertas siasatan berhubung isu 3R terhadap kedua-dua pemimpin akan diserah kepada pihak peguam negara selepas kesemua keterangan diambil.

Razarudin juga berkata, proses merakam keterangan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Hadi disiasat susulan kenyataannya di Facebook 8 Julai lepas yang mendakwa DAP ingin mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran liberalisme.

Lim pula disiasat susulan kenyataannya yang mendakwa “gelombang hijau” akan menjejaskan hak agama di Pulau Pinang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.