`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 19, 2023

Lelaki ditahan disyaki jadi dalang isteri dirompak

 

Polis menerima laporan mengenai kes rompakan bersenjata melibatkan seorang mangsa wanita di Taman Hijau, Karak semalam.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong ditahan semalam.

Kegiatan suspek terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat melakukan rompakan terhadap seorang suri rumah berusia 42 tahun, lapor Bernama.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil soal siasat mendapati suspek berusia 47 tahun, suami mangsa, dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan ini semata-mata bagi tuntutan insurans.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan mengenai kes rompakan melibatkan seorang wanita di Taman Hijau, Karak pada 3.05 petang.

Wanita itu, yang tinggal berseorangan di rumah kerana suami, ibu dan anaknya pergi ke rumah saudara mereka, dilaporkan didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang memakai topeng dan bersenjatakan parang.

Zaiham berkata, lelaki-lelaki tersebut kemudian mengacukan parang dan menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan sebuah kereta dan barang kemas milik wanita itu dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM16,000.

Polis kemudian berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berusia 24 tahun pada 9.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan, katanya.

Kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.