`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 23, 2023

Penerbangan khas bawa jenazah Salahuddin ke JB, kata Loke

 

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata penerbangan menggunakan pesawat MAS dari Alor Setar ke Johor Bahru bagi memudahkan urusan pengebumian di kampung halaman. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan telah mengatur penerbangan khas bagi membawa pulang jenazah Salahuddin Ayub ke dari Alor Setar ke Johor Bahru untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Menterinya, Loke Siew Fook berkata penerbangan khas itu menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS), malam ini.

“Saya telah menerima khabar duka ini kira-kira satu jam lalu daripada pegawainya dan saya telah aturkan untuk penerbangan khas membawa jenazah dari Alor Setar ke Johor Bahru.

Ads by Kiosked

“Pesawat MAS akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam ini dan dijangka tiba di Alor Setar, pukul 1 pagi sebelum pesawat akan terus bergerak ke Johor Bahru,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengenalan Calon Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, di Seremban.

Sebelum ini, Setiausaha Akhbar kepada menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Syakirin Husnal dalam kenyataan memaklumkan, jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibu Allahyarham di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor.

Sementara itu, Loke yang juga setiausaha Agung DAP, berkata kehilangan Salahuddin memberi kesan kepada kepada kepimpinan PH kerana disifatkan sebagai seorang pemimpin amat disayangi dan mempunyai prinsip perjuangan disegani.

“Beliau seorang pejuang dan pemimpin PH yang sangat disanjungi dan disayangi atas prinsip perjuangan yang tak pernah tinggalkan rakan dalam parti.

“Beliau juga telah melaksanakan tugas dengan cukup baik selain banyak inisiatif dilakukan bagi membantu rakyat seperti Menu Rahmah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.