`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 24, 2023

Peruntukan baik pulih sekolah daif mula diagih minggu ini, kata KP Pendidikan

 

Perdana menteri semalam mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.4 bilion bagi menambah baik bangunan sekolah yang daif di seluruh negara tahun ini.

NILAI: Sebanyak RM650 juta daripada keseluruhan peruntukan RM1.4 bilion bagi menambah baik bangunan sekolah daif di seluruh negara akan diagihkan kepada sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bermula minggu ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali berkata, ini termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas yang sentiasa menjadi keutamaan.

“Kita dah ada senarai semua, sekolah mana, berapa banyak … yang penting Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bawah ketua setiausaha negara (KSN) akan memastikan pelaksanaan bagi baik pulih bangunan daif di sekolah disegerakan.

“Daripada jumlah itu, setiap sekolah peroleh RM70,000 untuk penyelenggaraan kecil termasuk tandas, sebab itu juga antara fokus Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Ke-30 Kepimpinan Pendidikan Ke Arah Malaysia Madani hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.4 bilion bagi menambah baik bangunan sekolah yang daif di seluruh negara tahun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.