PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan susulan laporan berkaitan tindakan seorang lelaki meminta jemaah masjid di Sungai Puyu, Butterworth memperlahankan pembesar suara bagi laungan azan, Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Seberang Perai Utara, Siti Nor Salawati Saad, berkata kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
“Seorang penduduk membuat laporan polis pada 28 Jun lalu berkait tindakan seorang lelaki yang tidak dikenali memintanya memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, polis turut mengesan satu hantaran yang disebar di media sosial meminta orang Islam memberi sokongan dan membantah tindakan individu itu yang mahu laungan azan diperlahankan.
“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam.
“Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pemuda membuat provokasi ke atas jemaah Masjid Sungai Pusu dengan mengarahkan azan diperlahankan hingga menimbulkan situasi tegang.
Masjid Jamek Sungai Puyu telah wujud dan digunakan penduduk lebih 100 tahun lalu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.