`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 13, 2023

Sentuh isu 3R, polis selesai rakam keterangan Guan Eng, giliran Hadi esok

 

Polis sedang menyiasat Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Hadi Awang atas kenyataan mereka yang menyentuh isu 3R sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Polis selesai merakam keterangan Lim Guan Eng hari ini, manakala kenyataan Hadi Awang akan diambil esok, bagi membantu siasatan berhubung isu kaum, agama, dan institusi diraja (3R) membabitkan mereka, menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Beliau berkata, keterangan pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan itu dirakam di IPD Timur Laut, Pulau Pinang.

Tambahnya, esok polis akan merakam keterangan Hadi, presiden PAS, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman membabitkan DAP baru-baru ini.

“Kita akan merakam kenyataan Hadi di pejabatnya di Kuala Lumpur esok,” kata Razarudin, lapor Berita Harian.

Dilaporkan Ahad lepas bahawa polis sedang menjalankan siasatan terhadap Lim berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R pada sebuah program di Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Perancangan Strategik) Bukit Aman S Suresh Kumar berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menafikan dakwaan itu, Lim berkata, ucapannya telah diputar belit seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina, sedangkan beliau merujuk kepada kes perobohan kuil di Kedah pada Julai 2020.

Polis juga kemudian berkata, pihaknya sedang menyiasat Hadi susulan kenyataan di Facebook mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan berdasarkan tafsiran penjajah, menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.

Isu itu turut diulas dalam artikel diterbitkan sebuah portal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.