`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 15, 2023

Tipu kerja turap jalan, 6 lelaki ditahan

 

Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 20 hingga 44 tahun ditahan dalam serbuan sekitar Ampang.

PETALING JAYA: Polis menahan enam lelaki yang memperdaya orang ramai dengan menawarkan khidmat penurapan jalan tidak wujud di sekitar Ampang.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 20 hingga 44 tahun itu yang mengaku pekerja dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) menawarkan perkhidmatan itu dengan harga RM500.

“Polis menerima satu laporan dari mangsa pada 13 Julai lalu yang mendakwa ditipu kumpulan berkenaan. Mangsa yang percaya dengan tawaran kumpulan individu itu kemudian membayar wang pendahuluan sebanyak RM200.

“Bagaimanapun, tiada sebarang penurapan jalan dilakukan kumpulan lelaki terbabit selepas bayaran dilakukan,” katanya menurut Berita Harian.

Mohd Azam berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan polis membuat serbuan di sekitar Ampang dan berjaya menahan enam lelaki, kelmarin.

“Polis percaya ramai yang menjadi mangsa dan terpedaya dengan modus operandi suspek,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.