`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 1, 2024

Lelaki lari serbuan polis ditemukan lemas

 

Polis berkata mayat mangsa berjaya ditemukan pada jarak 10 meter dari lokasi di Jeti Pengkalan Petah, Bachok sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. (Gambar Facebook)

BACHOK: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan lemas selepas terjun ke dalam sungai ketika cuba melarikan diri dalam satu serbuan polis di Jeti Pengkalan Petah di sini, semalam.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mangsa cuba melarikan diri dengan cara terjun ke dalam sungai dari bot nelayan yang dinaiki dan cuba berenang ke tebing sungai sebelum tenggelam.

“Berdasarkan laporan diterima pada 4.36 petang semalam, mangsa cuba melarikan diri dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan Op Tapis Khas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail, operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok bagi mengesan mangsa.

Beliau berkata operasi mencari berjaya menemukan mangsa pada 7 malam iaitu pada jarak 10 meter dari lokasi kejadian.

“Pengecaman mayat juga turut dibuat oleh abang mangsa dan semakan rekod polis mendapati mangsa mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HRPZ II untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata hasil serbuan yang dijalankan, polis menahan dua lagi suspek lain di Jeti Pengkalan Petah tersebut di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan dua lagi tangkapan di Jeti Kemasin mengikut Seksyen 15(1) akta sama.

Katanya, semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.