`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 26, 2024

Mengaku salah hendap wanita, warga Pakistan didenda RM6,000

 

Majistret menjatuhkan hukuman denda itu selepas Ahmed Waqar mengekalkan pengakuan bersalah dalam sebutan kes hari ini. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang warga Pakistan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menghendap wanita tahun lalu.

Harian Metro melaporkan Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmed Waqar, 30, mengekalkan pengakuan bersalah dalam sebutan kes hari ini.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara lapan bulan, jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Urdu, Ahmed didakwa mengganggu Chien Wen Wen, 30, berulang kali dengan menghendap melalui tingkap belakang sebuah rumah di Bukit Beruang 3, Melaka antara 5.52 pagi hingga 6.10 pagi 14 Nov hingga 6 Dis 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 507A(3) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana perbuatan itu menimbulkan ketakutan kepada mangsa.

Tetapi, peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sudah insaf dan berjanji menghormati peraturan serta undang-undang negara ini.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.