`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 23, 2024

Nota diplomatik sulit tersebar, Kementerian Luar buat laporan polis

 

Menurut Kementerian Luar, siasatan dalaman mendapati penyebaran itu bukan berpunca daripada pihak dalaman.

PETALING JAYA: Kementerian Luar membuat laporan polis berhubung penyebaran satu salinan nota diplomatik bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata laporan terbabit bagi membolehkan siasatan dimulakan susulan penyebaran nota diplomatik bertarikh 20 Sept lalu.

“Kementerian Luar sentiasa menekankan kepentingan memelihara kerahsiaan komunikasi diplomatik dengan negara-negara sahabat dan rakan-rakan antarabangsa

lain.

“Penyebaran dokumen berkenaan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Hasil siasatan dalaman oleh Kementerian ini mendapati bahawa penyebaran bukan berpunca daripada pihak dalaman,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kementerian telah memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan kepada negara sahabat itu dan menyatakan kekesalan di atas perkembangan terbabit.

“Kementerian Luar menggesa supaya tindakan penyebaran dokumen berkenaan dihentikan, mengambil kira implikasi negatif kepada keyakinan dan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap imej dan integriti Malaysia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.