`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 15, 2024

Esscom rampas rokok, tembakau seludup RM4.13 juta

 

Komander Esscom Victor Sanjos berkata dalam serbuan itu sebanyak 3,178,120 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama serta 400 bungkusan tembakau dirampas. (Gambar Bernama)

LAHAD DATU: Pasukan khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merampas pelbagai jenis rokok seludup termasuk tembakau bernilai RM4.13 juta dalam serbuan di sebuah bangunan dua tingkat, di Jalan Tamoi Baru di sini semalam.

Komander Esscom Victor Sanjos berkata sebanyak 3,178,120 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama seperti Astro Merah, Astro Hijau, Samson Mild, Samson Menthol, Era Premium serta Era Black dirampas, selain 400 bungkusan kecil tembakau salak.

“Semua barang rampasan bernilai RM4,137,474 itu disembunyikan di dalam kotak serta plastik di dalam bangunan itu,” katanya dalam kenyataan.

Victor berkata hasil maklumat awam, pasukan khas Esscom bertindak pantas memeriksa dan menyerbu lokasi berkenaan.

“Esscom akan terus memperhebat operasi khas seperti ini bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam khususnya di pantai timur Sabah.

“Esscom akan bersama-sama pasukan keselamatan yang lain serta komited membantu pelbagai agensi penguatkuasaan persekutuan dan negeri dalam membanteras elemen jenayah rentas sempadan antaranya aktiviti rompakan laut dan penyeludupan kontraban,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang maklumat jenayah ke Pusat Operasi ESSCOM dengan menghubungi talian 089-883181 atau melalui aplikasi WhatsApp menerusi talian 011-63311072. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.