`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 25, 2024

Khianat kereta Adun PKR, mekanik ditahan

 

Cermin kenderaan Adun Indera Kayangan Gan Ay Ling pecah dipercayai akibat perbuatan seorang lelaki bermotosikal.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang mekanik motosikal dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap dua kereta Adun Indera Kayangan Gan Ay Ling sehingga mengalami keretakan cermin dan kemek fender hadapan.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata lelaki berusia 36 tahun berasal dari Sabak Bernam, Selangor, ditahan di tempat kerjanya di sebuah bengkel motosikal, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

“Motif masih dalam siasatan. Polis turut merampas satu bata berwarna merah dipercayai digunakan suspek dalam kejadian ini, sebuah motosikal Honda Wave merah, sebuah helmet berwarna putih dan satu bingkai gambar berwarna merah,” katanya menurut Bernama.

Mengenai kejadian khianat itu, Yusharifuddin berkata pihaknya menerima laporan daripada Adun PKR berkenaan pada 9.22 pagi tadi selepas keretanya jenis Nissan Grand Livina retak pada cermin sebelah kiri pemandu manakala sebuah lagi kereta jenis Toyota Altis kemek pada bahagian fender sebelah kanan pemandu.

Dalam pada itu, Gan yang juga timbalan ketua PKR Perlis, memberitahu media kejadian berlaku pada 2.40 pagi ketika beliau berada di rumah dan terdengar bunyi hempasan pada kereta diletakkan di parkir halaman rumah.

Sebelum keluar dari rumah untuk melakukan pemeriksaan, katanya beliau terdengar bunyi motosikal tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.