`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 25, 2024

Pemilik spa sedia khidmat klinik swasta haram didenda RM30,000

 

Tertuduh Nur Fatin Alia Zainudin membayar denda dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lalu.

Nur Fatin Alia Zainudin, 22, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli turut berdepan hukuman penjara tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Nur Fatin Alia didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di sebuah premis di Gong Badak dekat Kuala Nerus pada 2.33 petang 30 Okt 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan dihukum di bawah Seksyen 5(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara enam tahun atau denda RM300,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Nozaizeli Abu Samah manakala Nur Fatin Alia diwakili peguam Nurul Najmi Adila Md Nasir.

Sementara itu, tiga wanita iaitu Murni Nur Akma Idrus, 25, Syarafina Syafirah Razilah, 27, dan Siti Sarah Dian Ali, 42, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama di lokasi berbeza sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada Jun, Julai dan Oktober 2022.

Zul membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Siti Sarah dan Syarafina diwakili peguam Hayat Muhamad manakala Murni tidak diwakili peguam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.