`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 26, 2024

Polis belum terima laporan doktor pelatih HRPB jadi mangsa seksual

 

Tular surat layang dimuat naik di Facebook dan aplikasi X mendakwa seorang doktor sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

PETALING JAYA: Tiada doktor pelatih sehingga kini tampil membuat laporan menjadi mangsa salah laku seksual dilakukan doktor seperti terkandung dalam surat layang tular, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri.

Katanya, sebaliknya polis menerima lima laporan daripada doktor yang ditohmah melakukan salah laku itu, didakwa berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Untuk kes itu, kita sudah menerima lima laporan daripada doktor yang ditohmah dalam surat layang itu.

“Bagaimanapun kita belum terima sebarang laporan daripada doktor pelatih yang didakwa menjadi mangsa,” katanya lapor Harian Metro di IPK Perak, Ipoh.

Polis menyiasat dakwaan tular menerusi surat layang itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (dakwaan fitnah) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

Pada 18 Mac, Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata pihaknya memberi jaminan maklumat diri individu yang membuat laporan akan dirahsiakan.

Katanya, laporan penting supaya siasatan berjalan telus dan berlandaskan perundangan.

Terdahulu, tular surat layang dimuat naik di Facebook dan aplikasi X yang mendakwa doktor terbabit sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita khususnya di Jabatan Ortopedik, selain mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.