`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 16, 2024

Projek TMIYC pulih bukan sebab ‘lawatan’ Ahli Parlimen Muar, kata menteri

 

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi melawat projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar yang lewat siap daripada jadual. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan tidak wajar buat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar kembali berjalan mengikut jadual, hasil pemantauannya.

Yeoh dalam kenyataan berkata sebaliknya pembinaan projek dibiayai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu kembali mengikut jadual susulan lawatan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Disember lalu yang memberi amaran tegas kepada kontraktor.

“Bukan kerana ‘lawatan’ Ahli Parlimen Muar,” katanya sambil menjelaskan projek itu turut dipantau KBS dab Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Hairi Mad Shah.

“Tidak wajar untuk Ahli Parlimen Muar mendakwa ia adalah hasil usaha pemantauan beliau, sedangkan ianya tidak benar sama sekali,” tegasnya.

Menurut Yeoh, malah Ketua Setiausaha KBS Dr K Nagulendran telah mengadakan tiga kali lawatan termasuk semalam yang bertujuan menyampaikan status sebenar projek kepada Syed Saddiq .

Hannah Yeoh.

Jelasnya, wakil rakyat itu didapati telah masuk ke tapak pembangunan tanpa kebenaran untuk membuat video dimuat naik ke media sosialnya dan menguar-uarkan maklumat tidak tepat.

Beliau berkata TMIYC di Muar bukan yang pertama di Johor sebaliknya diwujudkan di Johor Bahru pada 21 Dis 2020 hasil ilham Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail.

“TMIYC Pasir Gudang dan TMIYC Iskandar Puteri sedang dalam proses pembinaan,” katanya.

Disember lalu, Onn Hafiz membuat lawatan ke tapak projek TMIYC di Muar dan menegur kontraktor yang gagal menyiapkannya mengikut waktu ditetapkan iaitu awal 2023.

Beliau mengarahkan syarikat kontraktor turun padang dan memantau projek ini, serta melaporkan kepada pihak kerajaan negeri sesegera dan sekerap mungkin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.