PETALING JAYA: Suami isteri maut, manakala remaja berusia 14 tahun selamat dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah, di Jalan S21/18, Damansara Utama, awal pagi tadi.
Bomba menerima kecemasan pada 5.13 pagi dalam insiden kebakaran yang berlaku di tingkat atas bahagian bilik tidur utama dan dapur.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya berjaya menyelamatkan remaja perempuan berkenaan, namun ibu, Leong Chen Mun, 55, dan bapanya Kang Tsi Yam, 61, meninggal dunia.
“Sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 10 anggota.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di tingkat atas bahagian bilik tidur utama dan bahagian bawah di dapur,” katanya menurut Harian Metro.
Ahmad Mukhlis berkata, api berjaya dikawal tidak lama kemudian dan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70%.
Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.