`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 9, 2024

3 cedera kereta terjunam tali air

 

Semua mangsa dikeluarkan orang awam dan anggota bomba memberi bantuan asas hayat (CPR) kepada seorang daripada mangsa lelaki yang kritikal. (Facebook pic)

ALOR SETAR: Tiga cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tali air di Kampung Gunung Sali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.45 petang tadi sebelum tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terjunam ke dalam tali air dan terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 20-an.

“Semua mangsa dikeluarkan orang awam yang berada di situ dan anggota bomba memberi bantuan asas hayat (CPR) kepada seorang daripada mangsa lelaki yang kritikal,” katanya dalam kenyataan.

Naufal berkata, dua lagi mangsa hanya cedera ringan dan semua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.