`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 20, 2024

Budak 2 tahun lemas jatuh tasik

 

budak lemas bomba
Mayat kanak-kanak berusia 2 tahun yang dipercayai lemas ditemukan pada 4.25 petang tadi, kira-kira 3m dari tebing tasik berhampiran Masjid UTP di Seri Iskandar, Perak. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh ke dalam tasik berhampiran sebuah masjid di Seri iskandar, Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa diketahui terjatuh ke dalam tasik di Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.

Sabarodzi berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar menerima panggilan kecemasan pada 1.29 tengah hari dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut berada bersebelahan dengan tasik berkenaan.

“Mangsa ditemui pada 4.25 petang, kira-kira 3m dari tebing tasik berkenaan,” katanya, lapor Bernama.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.