`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 20, 2024

KPDN tumpas kegiatan seleweng diesel subsidi, 2 ditahan

 

Free Malaysia Today
KPDN menyiasat kes bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan pengedaran minyak diesel subsidi.

PUTRAJAYA: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang dilakukan satu sindiket di sebuah premis di Klang terbongkar apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Selasa lepas.

Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 48 tahun dan 67 tahun, bagi membantu siasatan.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Azman Adam berkata, sindiket itu menggunakan pelbagai nombor pendaftaran kenderaan palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa, serta menjadikan lokasi serbuan sebagai tempat menyimpan serta memindahkan minyak diesel bersubsidi sebelum dijual di pasaran gelap.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis itu, pasukan serbuan menemukan minyak diesel dengan kuantiti dianggarkan berjumlah 9,000 liter serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel,” katanya.

Selain itu, katanya, sebuah lori, beberapa buah tangki mengandungi minyak diesel, motor pam serta beberapa dokumen berkaitan yang dijumpai di lokasi serbuan disita bagi tujuan siasatan lanjut. Dianggarkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM88,300.

Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam kegiatan itu dan rantaian pengedaran minyak diesel berkenaan, termasuk sumber minyak diesel diperolehi dan diedarkan.

Katanya, syarikat terbabit juga akan disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.