`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 4, 2024

Pemimpin Umno bidas kritikan ‘sindrom bisu’ Tajuddin

 

Razlan Rafii mempersoalkan agenda Tajuddin Abdul Rahman yang tiba-tiba bersuara selepas hilang dari radar sejak sekian lama.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno membidas dakwaan Tajuddin Abdul Rahman yang pemimpin parti itu mengalami ‘sindrom bisu’ kerana tidak berani bersuara dalam isu nasional.

Razlan Rafii sebaliknya mempersoalkan agenda bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang bersuara secara tiba-tiba selepas ‘hilang dari radar’ sejak digantung keahliannya lebih 18 bulan lalu.

Tegasnya, sebelum menuduh pemimpin Umno tidak bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat, Tajuddin sepatutnya membantu Presiden Zahid Hamidi apatah lagi beliau telah menyuarakan suara enggan meninggalkan Umno.

“Berhubung tuduhan pemimpin Umno senyap, saya ingin bertanya kepada beliau siapakah yang bersuara dalam isu stoking tertera kalimah Allah? Parti manakah dalam kerajaan yang terus menyuarakan mengenai kepentingan Melayu dan Bumiputera?

“Contoh paling jelas kejayaan pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 adalah hasil cetusan dan pemikiran dari Umno yang serius memperjuangkan ekonomi bangsa,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Tajuddin mendakwa ‘sindrom bisu’ sedang melarat di kalangan ahli dan pemimpin Umno kerana tidak berani bersuara dalam isu nasional seperti masalah kos sara hidup dan ekonomi rakyat.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap masa depan Umno kerana pimpinannya disifatkan gagal mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti itu selepas berdepan kekalahan paling teruk pada PRU15.

Tajuddin, ahli politik kontroversi digantung keahlian selama enam tahun pada Oktober 2022 selepas beliau secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun tahun yang sama.

Beliau juga menggesa Zahid meletakkan jawatan selepas penyingkirannya. Namun rayuannya ditolak MKT pada 5 Jan tahun lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.